Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

REZEKI NENEK SAUDARA BAHARU

9nov2020

PORT DICKSON, 5 Mei - Kisah seorang nenek beragama Kristian yang membesarkan 2 orang cucu beragama Islam pernah disiarkan media dan tular sekitar bulan Julai tahun lalu. Awal tahun ini, Lucy Nawi, 59, atau nama baharunya, Aishah, telah memeluk agama Islam di Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson setelah beberapa lama menyimpan hasrat murni tersebut. Berita gembira itu disambut dengan sangat baik seluruh keluarga terutamanya 2 orang cucu yang dijaga, Jhoshua Arifazul Akhbar, 13 dan Siti Madinatul Zulhaziah, 9. Sejak itu, Aishah Lucy melalui kategori asnaf mualaf telah menerima bantuan bulanan berjumlah RM460 sebulan melalui amanah zakat. Beliau dan 2 orang cucu juga pernah dibantu dalam menyelesaikan tunggakan sewaan rumah awal tahun ini. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Agihan Port Dickson dan Unit Khidmat Kebajikan telah menziarahi beliau di kediamannya di Tanah Merah Site C, Chuah, daerah ini petang semalam bagi menyampaikan bantuan hari raya dan makanan asas. Bantuan telah disampaikan Eksekutif Unit Khidmat Kebajikan, MAINS, Siti Hajar Mohamad Daud. Hadir sama Pegawai Agihan Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid, wakil Skuad Gerak Khas MAINS, Hasbollah Ahmad dan wakil Unit Khidmat Pendidikan, Siti Hawa Majid.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.