Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KASIH SEORANG AYAH

9nov2020

SENAWANG, 5 Mei - Membesarkan 2 orang anak yang masih bersekolah bagi seorang duda bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila hampir menjejak usia emas. Namun bagi Baharudin Abdul Rahman, 57, itu semua sememangnya sudah menjadi tanggungjawab beliau dalam memberi makan, minum, tempat tinggal dan bimbingan kepada 2 orang anak beliau yang masing-masing berada dalam darjah 4 dan 6. Ziarah Bahagian Agihan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pagi tadi sempat menyampaikan bantuan wang tunai hari raya dan barangan makanan asas. Berdasarkan rekod, Baharudin pernah dibantu dengan bantuan am kebajikan mengikut permohonan sejak tahun 2008 sehingga tahun ini berjumlah RM5,861 dan bantuan perubatan pada tahun 2009 dan 2010 berjumlah RM600 melalui amanah zakat. Bantuan-bantuan telah disampaikan oleh Ketua Unit Khidmat Kesihatan, Norhafizah Daud bersama wakil Skuad Gerak Khas MAINS, Hasbollah Ahmad dan Siti Hajar Mohamad Daud. Ketika ziarah, tempat tinggal 3 beranak ini berada dalam keadaan yang agak teratur dan bersih walaupun serba kekurangan. Difahamkan, permohonan Baharudin untuk mendapatkan rumah sewa di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedang dalam proses pihak berkenaan.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.