Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PELAJAR DARUL ASNAF DIDIDIK DENGAN SEDEKAH

9nov2020

SEREMBAN, 7 Mei - Walaupun mereka adalah penerima bantuan zakat, pelajar-pelajar Darul Asnaf turut dididik dengan nilai-nilai sedekah bagi menghargai dan menghayati setiap bantuan yang mereka peroleh. Justeru, sebuah tabung Ihya Ramadan Darul Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) 1442 telah dilancarkan dengan mengumpulkan dana sedekah daripada para pelajar, kakitangan Darul Asnaf dan masyarakat setempat yang berjaya mengumpui wang tunai berjumlah RM2,950 dan barangan keperluan asas bernilai RM6,000. Pengagihan sedekah kepada 20 buah keluarga terpilih yang memerlukan di beberapa daerah negeri ini telah disempurnakan semalam. Bantuan-bantuan disampaikan oleh Pegawai MAINS, Zamri Ahmad Suhaimi dan Ketua Unit Darul Asnaf, Siti Hajar Hasim.

Gambar ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.