Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

IBU TUNGGAL JAGA IBU AYAH TERLANTAR

9nov2020

SEREMBAN, 7 Mei - Atas faktor kesihatan, ibu tunggal, Noor Hayati Othman, 52, terpaksa berhenti daripada bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik di Senawang. Kini setelah 2 tahun, Noor Hayati perlu memberi perhatian penuh kepada kedua ibu bapanya, masing-masing berusia 84 dan 73 tahun yang hanya mampu terlantar akibat strok dan sakit tua. Difahamkan, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) ini bergantung pendapatan kepada ihsan adik-beradik untuk pembelian lampin pakai buang dan susu bagi keperluan ibu bapanya selain mendapat bantuan bulanan berjumlah RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui bantuan warga emas. Pejabat Agihan Seremban, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama-sama Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin telah menziarahi keluarga ini di kediaman mereka petang tadi. Hasil ziarah, MAINS akan membantu meringankan beban perbelanjaan lampin pakai buang dan susu kedua ibu bapa Noor Hayati. Bantuan wang tunai bulanan melalui amanah zakat pula akan disemak mengikut penilaian kadar had kifayah. Hadir ziarah ialah Pegawai Baitulmal Seremban, Mohd. Suhaimi Abd. Aziz, Penaung PCRS, Zulkifli Muhamed dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Jasmin, Mohd. Aris Bakar.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.