Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SINGGAH SAHUR ASNAF, GELANDANGAN, 'FRONTLINER'

7nov2020

SEREMBAN, 8 Mei - Terus giat menyantuni asnaf, Bahagian Agihan, Jabatan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun padang sejak tengah malam semalam bagi menyediakan juadah sahur untuk dihantar ke beberapa rumah asnaf daerah ini. Selain makanan untuk bersahur, anak-anak daripada keluarga asnaf yang diziarahi juga telah menerima sampul duit raya sebagai meraikan mereka sempena Aidilfitri yang bakal menjelang. Ziarah Singgah Sahur ini kemudiannya turut menyantuni pasukan barisan hadapan yang setia membuat kawalan jalan raya di beberapa tol pintu masuk Seremban sebelum mencari dan menyantuni gelandangan di sekitar Stesen Bas Terminal One dan laluan pejalan kaki bawah tanah berhampirannya. Turun menyempurnakan sumbangan ialah Ketua Bahagian Agihan, Mahadi Ali dan Ketua Wilayah Tengah, Che Som Omar. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

7nov2020 1 7nov2020 3 7nov20202

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.