Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN ADIK 'AUTISM SPECTRUM DISORDER'

9nov2020

SEREMBAN, 10 Mei - Sejak berumur 8 tahun, Nurul Ain Asmida telah disahkan menghidap 'Autism Spectrum Disorder' (ASD) akibat demam panas. Beliau yang kini berusia 12 tahun kerap diserang sawan dan selalu tercedera akibat terjatuh selain mempunyai masalah dalam pembelajaran yang dikategorikan di bawah orang kurang upaya (OKU). Bertindak atas maklumat yang disalurkan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP), Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kesihatan telah menziarahi adik Nurul Ain dan menyampaikan bantuan susu berjenama Ensure sebanyak 5 buah tin serta barangan makanan asas. Maklumat serta keperluan lain juga telah diambil dan akan disalurkan mengikut keperluan.

Gambar Ihsan

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.