Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

GELANDANGAN BETARIA

9nov2020

SEREMBAN, 11 Mei - Setelah beberapa malam tidur di sebuah gazebo di Pusat Perniagaan Betaria, Seremban, seorang gelandangan berusia 31 tahun telah dihampiri dan disantuni bagi mendapatkan maklumat dan melihat keperluan individu ini. Ketika ditanya mengenai pengenalan diri, beliau yang berasal dari Taman Perling, Johor Bahru mendakwa telah mula berhijrah ke negeri ini sejak 2019 dan tinggal berpindah-randah sejak itu. Buat masa sekarang, beliau telah dijanjikan oleh seseorang untuk bekerja sebagai pembantu kedai buah-buahan di kawasan Ampangan dalam masa terdekat. Skuad Gerak Khas Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang turun menyantuni gelandangan ini tengah hari tadi telah menyampaikan sumbangan duit raya dan akan melakukan perbincangan bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan dan bantuan selanjutnya. Turun menyantuni ialah pegawai-pegawai skuad, Mohd. Zahid Mohammad, Nur Fairusha Remali dan Maizatul Akma Mohamad.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.