Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN PEMBEDAHAN JANTUNG

9nov2020

JELEBU, 28 Mei - Kos pembedahan pembesaran injap jantung yang dianggarkan berjumlah RM25,000 diperlukan Muhamad Faizie Mohd. Saizee, 11, yang bakal menjalani prosedur tersebut di Institut Jantung Negara (IJN) pada 1 Jun ini. Terdahulu, sebahagian besar kos pembedahan telah mendapat kelulusan dan bakal ditanggung di bawah bantuan subsidi kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjumlah RM15,000. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Agihan Jelebu pula telah menyampaikan surat jaminan (GL) untuk jumlah RM7,000 manakala lebihan RM3,000 telah diperolehi melalui sumbangan orang ramai dan masyarakat setempat yang prihatin. Surat jaminan telah disampaikan Pegawai Agihan Jelebu, Amir Syukri Abdul Jalil kepada bapa, Mohd. Saizee Ab. Rahman. Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seperi, Ishak Omar.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.