Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN SUSU DIABETIK

9nov2020

SIKAMAT, 1 Jun - Ziarah susulan suami isteri warga emas terlantar, Mahmud Maamor, 80, yang menderita Parkinson, darah tinggi dan gastrik bersama isteri, Aminah Md. Sani, 78, yang menderita kencing manis, sakit jantung serta patah tulang punggung telah dilakukan pagi tadi. Setelah melalui kiraan had kifayah, Bahagian Agihan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui amanah zakat akan meringankan beban keluarga ini dengan bantuan bulanan berupa 9 tin susu diabetik. Bantuan bulan pertama yang disampaikan tadi telah diterima anak bongsu pasangan ini, Siti Salmah Mahmud, 42, yang cekal memberi perhatian penuh terhadap kedua ibu bapanya. Hadir ziarah wakil Unit Khidmat Kesihatan, Noor Fathihah Osman dan wakil Unit Khidmat Masyarakat, Siti Nur Liyana Zolkifli.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.