Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

HIDUP SUSAH ITU REALITI..

9nov2020

NILAI, 7 Jun - "Dengan gaji saya seorang sahaja yang bekerja sebelum ini, dapat kami anak-beranak hidup selesa," kata Hasrol Nizam Mohamad Hasim, 46, antara insan terkesan akibat pandemik COVID-19 yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan sejak Julai tahun lalu. "Selama ini saya hanya melihat orang-orang yang hidup susah dalam televisyen, tetapi sekarang saya sendiri sedang melaluinya," kata beliau ketika ziarah Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di kediamannya di Taman Nilai Perdana petang tadi. Menurutnya, sejak kehilangan punca pendapatan, Hasrol dan isteri ada berusaha mencari pekerjaan lain namun tidak berjaya atas faktor umur dan kesihatan tambahan Hasrol sendiri menghidap penyakit saraf dan kencing manis kronik. Dalam ziarah, Hasrol yang turut menanggung 3 orang anak berusia 11, 12 dan 14 tahun telah menerima bantuan wang tunai segera dan barangan makanan asas selain akan dipertimbangkan untuk bantuan bulanan melalui amanah zakat. Bantuan telah disampaikan wakil Ketua SGK MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.