Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

MESIN OKSIGEN UNTUK ISTERI GURU AL-QURAN

9nov2020

LUKUT, 16 Jun - "Dalam situasi sekarang, saya tidak dapat mengajar al-quran dan tiada pendapatan," kata asnaf daerah Port Dickson, Ahmad Kamal Jelani, 64. "Isteri saya menghidap penyakit paru-paru berair tahap 4 dan memerlukan bantuan oksigen pada kebanyakan masa," tambah beliau. Ahmad Kamal yang menerima bantuan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sejak bulan Julai 2016 baru-baru ini telah menghantar permohonan bantuan mesin oksigen untuk keperluan isteri, Norizan Pandi, 51. Setelah dibuat perkiraan melalui amanah zakat, mesin oksigen berharga RM3,500 yang diperlukan telah dihantar ke rumah pasangan ini di Taman D’Pinggiran Kota dekat sini pagi tadi. Mesin oksigen disampaikan sendiri Pegawai Agihan Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.