Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BEKAS IMAM TERIMA TILAM PESAKIT

9nov2020

SEREMBAN, 17 Jun - "Saya reda dengan apa yang Tuhan beri, sedikit pun saya tidak terasa," begitu kata-kata semangat Jamaludin Abdul Karim, 64, ketika menerima bantuan tilam bagi pesakit strok terlantar daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di kediamannya di Taman Angsamas tengah hari tadi. "Sejak kemalangan motosikal pada tahun 2009, isteri dan anak-anaklah yang membantu saya dalam segala hal," tambah beliau. Pesara Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang juga bekas imam Masjid Taman Angsamas ini turut melahirkan rasa berterima kasih dan penghargaan kepada MAINS yang memberikan respon dan bantuan pantas kepada beliau. Bantuan telah disampaikan wakil-wakil Unit Khidmat Kesihatan MAINS, Norhafizah Daud dan Noor Fathihah Osman dibantu Ketua Skuad Gerak Khas MAINS, Mohd. Zahid Mohammad. Dalam keadaan terlantar, Jamaludin sempat bertanya kepada pegawai-pegawai yang hadir untuk menunaikan wakaf kepada MAINS secara bulanan melalui potongan pencen beliau.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.