Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BUMBUNG TERCABUT TAK SAMPAI 5 SAAT

8nov2020 1

SEREMBAN, 5 Jul - Hujan lebat serta angin kencang melanda beberapa kawasan daerah ini petang semalam antaranya Kampung Tok Dagang, Paroi. Seorang penduduk yang tinggal bersama isteri, seorang anak dan ibunya yang berusia 85 tahun dalam kampung tersebut berkata, semasa kejadian, sebahagian bumbung rumahnya tercabut dalam masa tidak sampai 5 saat. "Ketika ribut berlaku, saya hanya mampu azan," kata Bahari Ibrahim, 40. "Mujur bahagian bumbung yang tercabut dan terbang tidak menghempap bilik tidur ibu saya yang betul-betul terletak bersebelahan," tambah beliau. Menurut Bahari, ini kejadian pertama kali seumpamanya di kawasan tersebut meskipun kerap kali air naik ke paras buku lali sekiranya hujan lebat berterusan selama beberapa jam. Menerima maklumat, Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama Pejabat Agihan Senawang telah menziarahi rumah Bahari dan 10 rumah lain dalam kawasan yang sama yang turut terjejas. Ziarah telah menyampaikan bantuan wang tunai segera sebanyak RM300 setiap rumah dan barangan keperluan dapur bernilai RM100 sebagai bantuan awal. Bantuan-bantuan telah disampaikan Pegawai Dakwah Cawangan Senawang, Zainal Samdin dan Pegawai Agihan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.