Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KEPALA CEDERA TERKENA ATAP JATUH KETIKA RIBUT

9nov2020

SEREMBAN, 5 Jul - "Beberapa keping atap genting jatuh ke dalam rumah saya dan ada yang terkena bahagian belakang kepala anak saya sehingga luka berdarah," kata Mohd. Rizal Johari, 39, ketika diziarahi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) susulan ribut yang melanda Taman Paroi Jaya serta kawasan sekitarnya petang semalam. Menerima nasib yang sama ialah warga emas, Dzulkifly Hussein, 67, yang tinggal selang beberapa unit rumah dengan Rizal malah lebih malang lagi rumah milik Dzulkifly turut dimasuki air hujan yang sedang lebat dan merosakkan sebahagian besar perabot di dalam rumah beliau. Bantuan awal berupa wang tunai segera beserta barangan keperluan dapur telah disampaikan dalam ziarah petang tadi oleh Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar. Turun sama Ketua Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.