Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

COVID-19: 2 BERADIK YATIM PIATU

9nov2020

JEMPOL, 6 Jul - Nurhaniesya Sabiha, 8, dan abangnya Mohammad Syahmil, 12, menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19. Ibu mereka, Hazliza Hassan, 38, meninggal dunia pada 14 Jun lalu di Hospital Jempol manakala bapa, Sabiha Ibrahim, 38, meninggal pada 25 Jun di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah. Dua beradik ini kini tinggal bersama nenek mereka di Felda Palong 7. Menceritakan kisah sedih, nenek kepada dua beradik ini, Salmah Abdol, 69, berkata, ibu mereka sudah berulang kali ke hospital kerana masalah kandungan dan mengalami sesak nafas beberapa hari selepas pulang ke rumah sebelum meninggal dunia keesokan harinya. Selang 3 hari kemudian, bapa mereka pula pergi buat selama-lamanya selepas 'ditidurkan'. Lebih menyayat hati, menurut Syahmil, ayah sempat menghantar pesanan teks melalui telefon, "Jaga adik dan opah baik-baik." Menerima maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Agihan Jempol telah menziarahi keluarga ini semalam bagi menyampaikan bantuan awal berupa wang tunai segera yang disampaikan Pegawai MAINS Daerah Jempol, Junaidi Yahya.

Gambar Ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.