Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZIARAH KLIEN KAUNSELING TERTEKAN MASALAH KEWANGAN

9nov2020

SEREMBAN, 10 Jul - Tertekan dengan masalah kewangan sehingga terfikir untuk menamatkan hayatnya namun dihadirkan Tuhan sebuah kewarasan pada saat sebelum kejadian tidak diingini itu berlaku. Menurut individu ini, beliau pernah berseorangan tanpa arah tujuan di Hutan Lipur Ulu Bendul sebelum tergerak hati mendapatkan khidmat kaunseling melalui Talian Bantuan Sokongan Psikososial KSK Care (JAKIM) sebelum dipanjangkan kepada Bahagian Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Beliau yang bertugas sebagai sukarelawan pusat kuarantin COVID-19 kini kelihatan lebih tenang dan boleh kembali bekerja setelah menjalani sekurang-kurangnya 2 sesi kaunseling secara maya bagi mendengar segala permasalahan beliau dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik. Beliau juga telah diziarahi MAINS tengah hari tadi bagi disampaikan bantuan keperluan dapur dan wang tunai selain bantuan susulan kebajikan berdasarkan kelayakan melalui amanah zakat. Ziarah telah disertai Kaunselor Kanan MAINS, Wan Aminuddin Wan Abdullah, Kaunselor MAINS, Muhammad Ashraf Zakaria, Pegawai Agihan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz dan Pegawai Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil. Memetik sumber, sebanyak 89.4 peratus atau 109,806 daripada 122,328 panggilan diterima menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial sejak Januari lalu berkait rapat dengan isu psikologi yang dihadapi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.