Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN PENGAWAL KESELAMATAN

9nov2020

MANTIN, 21 Jul - Mengalami kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, Syawal Ikhwan Md. Desa, 28, mengalami patah bahu sebelah kiri pada Februari lalu. Sejak itu, beliau diberikan cuti tanpa gaji kerana baru sebulan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tidak melayakkan beliau menerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Beliau yang mempunyai 2 orang anak berusia 1 dan 3 tahun sementara isteri sedang mengandung anak ketiga sudah semakin kehabisan wang simpanan. Bertindak atas maklumat, Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama-sama Pejabat Agihan Nilai telah turun menziarahi Syawal di kediamannya pagi tadi bagi menyampaikan bantuan wang tunai segera serta meneliti dokumen pembedahan beliau untuk disalurkan sebagai bantuan susulan. Bantuan telah disampaikan Pegawai MAINS Cawangan Nilai, Hazmi Abdul Kadir.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.