Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZIARAH BALU PEMANDU LORI ARANG BATU

9nov2020

RANTAU, 23 Jul - Seorang peniaga gerai makan di Kampung Siliau Baru yang turut tinggal bersama seorang isteri dan 2 orang anak di gerai tersebut telah dizarahi dan dibantu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pagi tadi. Maklumat awal daripada Penghulu Mukim Rantau, Muhamad Nizam Jusoh berkata, Mohd. Shukri Raidin, 54, telah mula berniaga di gerai dalam kampung tersebut sejak 2 tahun lalu dan turut tinggal dalam pondok gerainya sejak itu. "Abang Shukri dapat bekalan air dan elektrik ihsan daripada pemilik kilang ayam di hadapan gerai beliau," kata Nizam yang turut serta dalam ziarah pagi tadi. Menurut beliau, penduduk kampung sering berkunjung ke gerai 'abang Shukri' ketika luar waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyenangi 'abang Shukri' sekeluarga. Prihatin dengan nasib keluarga ini, Pejabat Agihan Seremban 2 MAINS akan membantu menempatkan Shukri sekeluarga di sebuah inap desa dalam kampung yang sama selama 3 bulan sebelum mendapat tempat tinggal baharu. Ziarah pagi tadi turut disertai Pegawai MAINS Cawangan Seremban 2, Nur Azizah Abdul Aziz, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Siliau Baru, Abdul Ghani Zainuddin, Pegawai Dakwah Seremban 2, Abdul Muiz Shafie, Pegawai Agihan Seremban 2, Mohamad Asyraff Abdul Aziz dan Pegawai Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.