Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

TOLAK SEWA TINGGAL RM50


9nov2020


SEREMBAN, 30 Jul - Pendapatan seorang ibu tunggal berusia 47 tahun sebagai pembantu kedai runcit hanya mampu digunakan untuk bayaran sewa rumah dan hanya mempunyai baki RM50 untuk bayaran bil, makan dan minum beliau bersama seorang anak berusia 7 tahun. Difahamkan, ibu tunggal tersebut baru sahaja menyewa sebuah rumah tingkat bawah di Flat Cempaka, Seremban 2 dan kesusahan beliau turut dibantu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun menziarahi ibu tunggal ini tengah hari tadi bagi mengemaskini maklumat dan menyampaikan bantuan awal berupa wang tunai segera dan barangan keperluan dapur. Bantuan kewangan secara bulanan turut akan disalurkan sebagai bantuan susulan. Bantuan-bantuan telah disampaikan Pegawai Agihan Seremban 2, Mohamad Asyraff Abdul Aziz dan Pegawai Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil.



Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.