Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

WANITA KUAT INGIN BERDIKARI


9nov2020


REMBAU, 7 Ogos - Keinginan untuk berdikari menjadi kekuatan seorang wanita 6 orang anak untuk keluar dari rumah keluarga dan tinggal menyewa sambil meneruskan pekerjaan mengambil tempahan makanan panas serta kuih-muih. Lebih menduga, wanita tabah ini, Noorazura Dolah, 35, yang hanya memiliki sebelah buah pinggang sejak berumur 18 tahun kini terpaksa berulang alik ke hospital kerana anak kelima yang berusia 2 tahun dan anak bongsunya yang berusia 6 bulan memiliki masalah saiz kepala dan otak yang besar. Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah pun membantu Noorazura dengan menjelaskan deposit rumah sewa baharu dan pembersihan kawasan sekitar. Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun menziarahi Noorazura di rumah sewa baharunya bagi mengambil maklumat keperluan terkini beliau dan menyampaikan bantuan wang tunai segera serta barangan keperluan dapur. Sebagai bantuan susulan, Noorazura turut akan dibantu dengan bantuan kewangan secara bulanan melalui amanah zakat. Bantuan telah disampaikan Pegawai MAINS Daerah Rembau, Zaharudin Mat Derus. Turut hadir Pegawai Agihan Rembau, Amirul Aizuddin Ali dan Pegawai Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.