Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZAKAT, KAUNSELING MAINS BANTU PASANGAN TERTEKAN


9nov2020


BAHAU, 17 Ogos - Komen berbaur bunuh diri yang ditinggalkan dalam sidang media seorang menteri sebelum ini mendapat perhatian warganet dan pelbagai pihak bertanggungjawab yang telah hadir menyampaikan bantuan dan sokongan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Jempol dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sendiri. Pasangan yang mempunyai 8 orang anak yang tinggal di Taman Meranti, Bahau ini antara yang tertekan akibat pandemik apabila suami diberhentikan kerja di sebuah kedai makan malah usaha suami bekerja di kilang simen selepas itu juga menemui jalan buntu apabila turut diberhentikan setelah tamat kontrak. MAINS yang diwakili Pegawai MAINS Daerah Jempol, Junaidi Yahaya telah hadir menyampaikan bantuan wang tunai kecemasan dan barangan keperluan dapur. Bantuan-bantuan susulan yang diperlukan keluarga ini juga turut akan disalurkan. Hadir sama Pegawai Dakwah Daerah Jempol, Mohammad Zaim Fithri Mohd. Hanif, Kaunselor MAINS, Ahmad Syarqawi Hasbullah dan Pegawai Agihan Jempol, Norkhaleeda Abas.



Gambar Ihsan.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.