Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BERATNYA MATA MEMANDANG


9nov2020


TAMPIN, 17 Ogos - Penyakit jantung kongenital pada bayi yang baru lahir akan menjadi masalah yang cukup serius kerana bayi akan menghadapi masalah kesihatan yang memberi kesan dalam jangka masa panjang. Begitulah yang ditakdirkan berlaku pada Muhammad Hafidh Yusrin yang telah disahkan oleh Hospital Kuala Pilah menghidap penyakit tersebut pada kelahirannya baru-baru ini. Muhammad Hafidh dijangka akan menjalani pembedahan segera di Institut Jantung Negara (IJN) dan keluarganya memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos pembedahan. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun menziarahi bapa, Yusrin Tini bersama isteri yang tinggal di Blok 5, Felda Jelai 3, Gemas bagi menyampaikan bantuan awal berjumlah RM500 melalui amanah zakat. Kos-kos lain juga akan dibantu setelah mendapat makluman daripada pihak IJN. Bantuan telah disampaikan Pegawai Dakwah Cawangan Gemas, Mohd. Khairi Ayub.



Gambar Ihsan.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.