Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAPA KANSER, ANAK OKU PENDENGARAN


9nov2020


SEREMBAN, 21 Ogos - Seorang pekerja bengkel kereta hilang punca pendapatan awal tahun ini setelah disahkan menghidap kanser lidah yang semakin mengurangkan daya ketahanan tubuh dan kemampuan untuk menguruskan kehidupan seharian. Menurut isteri, suaminya, Sharol Nizam Abdul Razali, 39, kini menghidap kanser lidah pada tahap 4 dan sedang menjalani kemoterapi di Institut Kanser Negara (IKN). Pendapatan pasangan yang mempunyai 2 orang cahaya mata ini hanya bergantung kepada gaji isteri sebagai kerani sebuah syarikat pembinaan swasta. Lebih malang lagi, kedua-dua orang anak yang berusia 3 dan 8 tahun masing-masing menghidap penyakit angin pasang dan kelahiran tanpa sebelah lubang telinga. Walau bagaimanapun, tiada pembedahan segera diperlukan dan keadaan kesihatan anak-anak masih terkawal. Difahamkan, pasangan ini telah mula menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula Jun. Berdasarkan rekod Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pula, Sharol Nizam telah menerima bantuan kewangan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3 baru-baru ini. Sebagai bantuan susulan, beliau akan dibantu dengan bantuan kewangan secara bulanan bermula September serta bantuan susu nutrisi dan keperluan-keperluan perubatan. Ziarah pagi tadi dihadiri Pegawai Dakwah Cawangan Senawang, Zainal Samdin dan Pegawai Agihan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz.



Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.