Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

"KALAU BAITULMAL TAK BANTU TAK TAHU LAH.."


9nov2020


SEREMBAN, 23 Ogos - "Selama 3 tahun mak cik buat dialisis ini, kalau Baitulmal tak bantu, tak tahu lah macam mana mak cik nak bayar," kata wanita warga emas yang lebih dikenali penduduk setempat dengan nama Mak Mok. "Duit sewa rumah dah tertunggak 8 bulan, pak cik kau bawa teksi berapa sangat lah dapat sekarang," tambah beliau sambil mengusap air mata. Mak Mok sudah hilang sebelah kakinya akibat penyakit kencing manis dan telah 3 tahun menjalani rawatan hemodialisis dengan bantuan amanah zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan kos RM3,000 setiap bulan. Pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata ini amat terjejas pendapatan mereka setelah suami hanya mampu meraih puluhan ringgit sehari sebagai pemandu teksi. "Bawa teksi orang , sehari sewa teksi dah RM30, tinggal berapa ringgit untuk kami makan," kata Mak Mok lagi. Mak Mok yang tinggal di tingkat bawah Flat Taman Sri Mawar dekat sini telah diziarahi Pejabat Agihan Senawang MAINS petang tadi bagi diambil maklumat keperluan terkini dan menerima bantuan wang tunai segera. Sebagai bantuan susulan, Mak Mok yang juga penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut akan dibantu menyelesaikan tunggakan sewaan rumah serta bantuan kewangan secara bulanan setelah selesai dinilai melalui kiraan had kifayah. Turun ziarah Pegawai Agihan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz.



Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.