Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

DAH DAPAT RUMAH, TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT YANG PEMURAH


9nov2020


Tanpa mengira hujung minggu atau rintik hujan yang menderu, petugas-petugas Allah yang menjalankan amanah zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertungkus-lumus membantu seorang wanita bersama 4 orang anaknya yang tiada tempat berteduh sebelum ini untuk berpindah ke rumah sewa baharu. Baca kisah mereka: https://www.facebook.com/286468321515764/posts/1994318337397412/?d=n Keluarga 5 beranak ini telah selamat menduduki rumah sewa baharu mereka di Flat Taman Bukit Nibong, Sikamat petang tadi dan telah diberi bantuan wang tunai segera sebanyak RM500 selain bantuan menjelaskan bayaran deposit rumah. Sebagai bantuan susulan, wanita ini juga akan dibantu dengan bantuan kewangan secara bulanan. Turun membantu Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Sikamat, Abdul Razak Zakaria, Ketua Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Mohd. Zahid Mohammad, Pegawai SGK MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil, Pegawai Agihan Rembau, Amirul Aizuddin Ali dan Pemandu MAINS, Abdul Ghani Mat Sit.



Gambar Ihsan.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.