Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KHIDMAT KAUNSELING MAINS MERENTAS SEMPADAN AGAMA DAN BANGSA


9nov2020


PORT DICKSON, 6 Sep - Seorang ibu bersama 2 orang anak yang dilaporkan akhbar sebelum ini terpaksa tidur di sebuah pondok di tepi pantai selepas terpaksa keluar dari rumah sewa telah diziarahi Pejabat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Port Dickson baru-baru ini. Memetik Harvinder Kaur Bachan Singh, 31, dalam laporan tersebut sebagai berkata, beliau terpaksa membawa anak-anaknya yang berusia 3 dan 11 tahun keluar dari rumah sewa di sebuah pangsapuri lantaran tiada wang untuk menjelaskan sewaan rumah selepas hilang pekerjaan akibat pandemik. Ketika ziarah, Harvinder kini tinggal bersama ibu mentua beliau di Taman Anika, Teluk Kemang dekat sini. Difahamkan, permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan kewangan telah diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Beliau juga telah diberikan sokongan psikososial dan kata-kata semangat untuk terus tabah dalam meneruskan perjalanan hidup bersama anak-anak. Turun ziarah Pegawai MAINS Daerah Port Dickson yang juga Kaunselor MAINS, Norazlina Maarof dan Pegawai Dakwah Daerah Port Dickson, Nabil Fikri Md. Ridzwan.


Gambar Ihsan.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.