Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZAKAT TAJA PELAJAR KIMPALAN RM39,200 SEORANG


9nov2020


SHAH ALAM, 13 Sep - Menerima peluang melanjutkan kursus kemahiran di bawah tajaan amanah zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), 3 orang anak-anak asnaf telah selamat mendaftar di The Welding Institute (TWI), Shah Alam pagi tadi. Anak-anak asnaf yang bertuah ini bakal mengikuti kursus kimpalan daratan dan lautan di institut antarabangsa tersebut selama 16 minggu dengan bimbingan tenaga pengajar yang memiliki pengalaman dalam bidang tersebut di serata dunia. TWI sendiri adalah sebuah institusi pendidikan dalam bidang kimpalan yang berpusat di United Kingdom dan memiliki cawangannya di negara ini yang terletak di Seksyen U5, Shah Alam. Selain tajaan pengajian berjumlah RM39,200 seorang, pelajar-pelajar ini juga menerima bantuan penginapan dan pengangkutan khusus untuk penuntut institut. Antara yang turut menghantar ketiga-tiga orang anak asnaf ini ialah Penolong-penolong Pengarah, Unit Khidmat Pendidikan MAINS, Syahirah Mohd. Yusof, Maizatul Akma Mohammad, Shahirah Ab Rahman dan Pegawai MAINS Daerah Jelebu, Siti Hawa Majid.


Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.