Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZAKAT BANTU KEMBAR PRAMATANG


9nov2020


SENAWANG, 15 Sep - Bayi kembar sepasang yang dilahirkan ketika hanya berusia 6 bulan telah dibantu dengan menyelesaikan kos rawatan komplikasi paru-paru dan usus melalui amanah zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Putera Zakwan Zayyan bin Muhammad Suhaimi dan Puteri Camelia Athena binti Muhammad Suhaimi yang telah berusia 11 bulan selepas tarikh kelahiran kini kelihatan sihat dan aktif ketika diziarahi Pejabat Agihan MAINS Senawang pagi tadi. Difahamkan, bapa kepada 2 orang kanak-kanak ini terpaksa membuat 2 pekerjaan sebagai tukang masak dan penghantar makanan sebagai sumber pendapatan termasuk memenuhi kos rawatan pasangan kembar tersebut. Bantuan berbentuk surat jaminan (GL) bernilai hampir RM4,000 seorang telah disampaikan Pegawai Agihan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz dan Pembantu Agihan Senawang, Nurul Ain Karim.


Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.