Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

WARGA EMAS 82 TAHUN TERIMA BANTUAN KATIL


9nov2020


REMBAU, 18 Sep - Walaupun telah hampir 3 bulan bebas daripada jangkitan wabak COVID-19, Sabyumin Dollah, 82, terpaksa menanggung komplikasi pada paru-paru dan mengalami masalah pernafasan. Permohonan beliau yang dipanjangkan oleh anak-anak yang menjaga bagi mendapatkan bantuan katil pesakit telah diluluskan Bahagian Agihan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan disampaikan tengah hari tadi. Malah, beliau yang tinggal di Kampung Kundur Hulu dekat sini turut menerima bantuan lampin pakai buang secara bulanan bermula bulan ini. Turun ziarah Pegawai Agihan Rembau, Amirul Aizuddin Ali, Ketua Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Mohd. Zahid Mohammad, Pegawai SGK MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil dan pemandu MAINS, Abdul Ghani Mat Sit.


Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.