Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KINI TINGGAL DENGAN NENEK BERLAINAN AGAMA


9nov2020


SENAWANG, 23 Sep - Selepas kematian ibu akibat jangkitan COVID-19, dua beradik, Jasmine Hawa Abdul Nur, 15, dan Roselyn Aisyah Abdul Nur, 13, kini tinggal bersama nenek mereka yang beragama Hindu di Taman Desa Dahlia dekat sini. Ketika diziarahi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) petang semalam, hubungan nenek, Chandra Verappan, 61, bersama kedua cucunya dilihat amat akrab malah menurut Chandra, beliau tiada halangan untuk cucu-cucunya mengamalkan ajaran Islam termasuk menerima kehadiran guru mengajar al-quran di rumah. Hasil ziarah, Jasmine dan Roselyn akan dibantu dengan bantuan kewangan secara bulanan dan turut menerima bantuan awal sebanyak RM500 melalui amanah zakat. Bantuan telah disampaikan Pegawai Agihan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz. Turut hadir Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Dahlia, Mohd. Noor Azhan Ujang, wakil ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Bandar Baru Senawang, Rafee Abu Zarin dan Pegawai Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil.


Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.