Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

MUALAF ORANG ASLI TERIMA BANTUAN RUMAH


9nov2020


MANTIN, 28 Sep - Sebahagian tanah milik seorang penduduk Kampung Orang Asli Kedat, Faridah Gayut, 48, sebelum ini telah diwakafkan bagi pembinaan Surau Kampung Orang Asli Kedat, Mantin Dalam sebelum ini. Hasil permohonan beliau bagi mendapatkan bantuan pembinaan rumah melalui asnaf mualaf telah diluluskan dan suatu majlis ringkas penyerahan kunci rumah yang dibina bersebelahan surau tersebut telah diadakan pagi tadi. Majlis Perasmian Rumah Baitul Rahmah itu telah disempurnakan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Ahmad Husaini Mustafa diiringi Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan disaksikan sama Ketua Jabatan Zakat, MAINS, Dato’ Nor Azmi Musa. “Rumah berkeluasan lebih kurang 700 kaki persegi yang kita bina ini adalah hasil kutipan zakat dan ini antara amanah yang telah kita salurkan kepada golongan yang memerlukan,” kata Ahmad Husaini dalam ucapannya. Menurut beliau lagi, pembinaan surau di kampung ini juga adalah antara usaha awal bagi mengembangkan dakwah Islam dalam kalangan orang asli di Kampung Kedat khususnya. “Setakat ini, 7 buah keluarga telah memeluk Islam daripada 60 buah keluarga keseluruhannya dan ini bermakna kita perlu meneruskan usaha dakwah dengan lebih baik dan berkesan,” tambah beliau lagi. Turut hadir Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Redzuan Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan, MAINS, Mahadi Ali, Penolong Pengarah, Unit Ukhwah, JHEAINS, Nor Azlim Mat Sidik dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Kampung Kedat, Mohd. Amli Yaakop.


Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.