Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN MANGSA RIBUT


9nov2020


GEMAS, 29 Sep - Hujan lebat beserta angin ribut yang melanda sekitar Taman Sentosa dekat sini pada 26 September lalu telah menyebabkan kerosakan teruk pada bumbung 4 buah rumah penduduk. Pejabat Agihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Gemas telah turun menziarahi semua mangsa terlibat dan telah menyampaikan bantuan wang tunai kecemasan kepada setiap keluarga sebagai bantuan awal. Bantuan telah disampaikan Pegawai Dakwah Cawangan Gemas, Mohd. Khairi Ayub. Hadir sama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Ladang, Ahmad Himidi Seman dan Pengerusi Masjid Qaryah Kampung Ladang, Zainuddin Mohd. Yusof. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa turut akan dibantu dengan bantuan susulan.


Gambar Ihsan.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.