Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KAKI DIPOTONG AKIBAT LANGGAR LARI


9nov2020


JEMPOL, 30 Sep - Sebuah keluarga hilang punca pendapatan selepas suami terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kaki sebelah kanan hancur dan terpaksa dipotong. Kemalangan langgar lari dipercayai melibatkan sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam itu berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan keluar ke tempat kerja sekitar jam 6.20 pagi 25 September lalu. Mangsa yang kini masih berada di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Ampuan Najihah turut mengalami patah tulang pinggul dan pergelangan tangan. Bertindak atas maklumat, Pejabat Agihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Jempol telah turun menziarahi keluarga mangsa yang tinggal di Kampung Air Dedali, Batu Kikir bagi melihat keperluan semasa dan menyampaikan bantuan wang tunai segera berjumlah RM500. Bantuan perubatan juga turut akan disalurkan sebagai bantuan susulan. Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pengurus stor di sebuah kedai serbaneka menanggung seorang isteri, 2 orang anak berusia 1 dan 3 tahun serta ibu bapa yang tinggal bersama. Kedua-dua anak mangsa juga mengalami penyakit radang kulit dan rabun dekat sejak lahir. Bantuan awal tersebut telah disampaikan Pegawai Dakwah Daerah Jempol, Mohd. Zaim Fitri Hanif. Turut hadir Kaunselor MAINS Daerah Jempol, Ahmad Syarqawi Hasbollah.


Gambar Ihsan.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.