Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ANAK ASNAF WARGA EMAS TERLANTAR


9nov2020


SENAWANG, 2 Okt - Muhammad Zamry, 41, anak kepada seorang asnaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berstatus warga emas yang tinggal di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Jasmin dekat sini terlantar dipercayai akibat penyakit darah tinggi. Bertindak atas maklumat, Pejabat Agihan MAINS Cawangan Senawang telah turun menziarahi keluarga ini tengah hari semalam bagi melihat keperluan Muhammad Zamry serta menyampaikan bantuan wang tunai segera sebagai bantuan awal. Beliau juga turut akan dibantu dengan lampin pakai buang secara bulanan bermula bulan ini. Bantuan telah disampaikan Pegawai Agihan MAINS Cawangan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz. Turut hadir Penghulu DUN Paroi, Mohammad Shafiq Joemane, Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Taman Jasmin, Harun Idris dan Pembantu Agihan MAINS Cawangan Senawang, Nurul Ain Karim.


Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.