Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

"INI BANJIR KEDUA TERUK SELEPAS 1971"

8nov2020 1

REMBAU, 22 Okt - "Air mula naik dalam pukul 6.30 petang hari Selasa lalu dan terus tinggi pada pukul 1 pagi," kata seorang mangsa banjir Lubok China, Azhary Miswan. Menurut Azhary, 48, kawasan kampung beliau dilanda banjir 4 kali pada tahun lalu namun tidak seteruk kali ini. "Selepas air naik awal pagi Rabu, pagi ini (Jumaat) baru air mula surut," tambah beliau lagi. Sementara itu, bilal Masjid Qaryah Kampung Timun, Zainuddin Ali, 60, ketika menerima bantuan bekalan makanan kering daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi pihak penduduk kampung pagi tadi berkata, ketika air naik, kebanyakan mangsa hanya terpaksa menunggu pelbagai bantuan tiba kerana tidak dapat berbuat apa-apa. "Ini banjir kedua paling teruk melanda kampung ini selepas banjir pada tahun 1971," kata beliau menceritakan pengalaman. Dalam bantuan melalui amanah zakat MAINS yang telah disalurkan, sebanyak 27 paket bakul makanan untuk 27 buah keluarga telah disampaikan manakala beberapa mangsa banjir yang terjejas teruk turut menerima bantuan berupa wang tunai kecemasan. Turun ziarah pagi tadi ialah Pegawai MAINS Daerah Rembau, Zaharudin Mat Derus, Pengerusi Masjid Qaryah Lubok China, Prof. Dr. Hashim Ahmad, Pegawai Dakwah Daerah Rembau, Syed Mazlan Syed Aziz, Pegawai Agihan Daerah Rembau, Amirul Aizuddin Ali yang turut dibantu kakitangan Pejabat Kaunseling MAINS Daerah Rembau, Arsat Abdul Manan.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.