Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

TNB PERSEMBAH ZAKAT PERNIAGAAN

8nov2020 1

SEREMBAN, 2 Nov - Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah syarikat korporat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mempersembahkan zakat perniagaan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam sebuah majlis yang diadakan di Istana Hinggap, Seremban pagi tadi. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai agensi mengurus zakat di negeri ini dalam majlis tersebut telah menerima zakat perniagaan berjumlah RM1,857,470.68 disampaikan oleh Pengerusi TNB, Dato' Sri Hasan Arifin. Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Razali Ab Malik, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato’ Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Mohd. Yusof Ahmad, Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa dan Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Dato' Nor Azmi Musa.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

Dalam ziarah hari ini, BaitulMal tampil untuk mengambil maklum kesusahan dihadapi beliau dan menyampaikan bantuan barangan makanan asas, walking frame dan sedikit sumbangan tunai bagi meringankan beban mereka sekeluarga selain bantuan susulan yang akan diproses.

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.