Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

MASJID AN-NUR TERIMA WAKAF PENGHAWA DINGIN DAN AL-QURAN


9nov2020


GEMAS, 3 Nov - Masjid an-Nur Felda Palong 8 telah menerima 5 unit penghawa dingin hasil sumbangan wakaf peneroka-peneroka Felda Raja Alias yang menyumbangkan Wakaf Khas Tunai MAINS sebanyak RM300 setiap peneroka yang dikembalikan semula untuk pembangunan masjid, surau dan sekolah-sekolah agama Felda tersebut. Masjid turut menerima 3 kotak naskhah al-quran hasil wakaf orang ramai. Setiap kotak yang diterima mengandungi 7 naskhah al-quran cetakan berbeza beserta 10 naskhah surah al-Kahfi dan Yasin. Proses agihan yang dijalankan pagi semalam itu telah disempurnakan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Mal, Jabatan Wakaf MAINS, Ahmad Naim Azlan dan telah diterima Pengerusi Masjid an-Nur Felda Palong 8, Mohd. Izhar Rashik.

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.