Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KURSUS USAHAWAN ‘QUICK WIN’ ASNAF BERDIKARI 2021

8nov2020 1

PORT DICKSON, 3 Nov - Kursus Usahawan ‘QUICK WIN’ Asnaf Berdikari 2021 yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Institut Latihan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Port Dickson yang berlangsung selama 3 hari berakhir semalam. Program ini telah melibatkan 10 orang asnaf terpilih bagi menerima latihan dan pendedahan dalam usaha menjadi usahawan yang berjaya seterusnya mampu keluar daripada kepompong kemiskinan. Pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) turut menyediakan penginapan, makan minum dan peralatan untuk 10 orang asnaf yang terpilih. Program selama 3 hari ini dipenuhi dengan beberapa slot kelolaan KEMAS dan MAINS sendiri antaranya kelas membuat biskut dan kek mentega yang dikendalikan oleh tenaga pengajar KEMAS Daerah Rembau, Norzila Yusof dan tenaga pengajar KEMAS Daerah Jelebu, Yushanlinda Yusof. Pada hari terakhir, para peserta telah diberikan Kursus Pengendalian Makanan dan Kursus Keusahawanan daripada MARA yang dikendalikan Pegawai MARA Daerah Port Dickson, Ahmad Kamel Md. Nor. Kesemua asnaf juga telah menerima seunit ketuhar dan mesin pengisar sumbangan KEMAS. Hadir merasmikan majlis penutup ialah Pengerusi Tindakan Daerah, Dato' Abdul Rahman Mohd. Reza bersama Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Muhamad Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan, Jabatan Zakat MAINS, Mahadi Ali dan Penolong Pengarah, Unit Keusahawanan Asnaf MAINS, Nursyahidah Abu Bakar.

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.