Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

RUMAH SEWA ASNAF TERBAKAR



9nov2020




SEREMBAN, 10 Nov - Kejadian berlaku ketika Mat Zool Mat Din, 61, asnaf daerah ini tiada di rumah sewa beliau antara jam 7 hingga 7.30 pagi Ahad lalu. Selain rumah yang hangus terbakar, beberapa kelengkapan rumah turut musnah namun segala dokumen pengenalan diri dapat diselamatkan. Punca kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas pada perkakas elektrik. Pejabat Agihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Senawang telah turun menziarahi keluarga ini pagi tadi dan menyampaikan bantuan wang tunai segera berjumlah RM500. Bantuan-bantuan susulan yang dinilai perlu juga akan disalurkan dalam masa terdekat bagi meringankan beban mangsa dan keluarga. Berdasarkan rekod, Mat Zool adalah penerima bantuan kewangan bulanan serta barangan keperluan dapur sejak tahun 2009 sehingga kini. Bantuan telah disampaikan Pegawai Dakwah MAINS Cawangan Senawang, Zainal Samdin. Turut hadir Penghulu DUN Paroi, Mohammad Shafiq Joemane, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sentosa Jaya, Abdul Rahim Abdul Hamid, Pegawai Agihan MAINS Cawangan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz dan dan Kaunselor MAINS, Siti Noor Hafizah Che Jusoh.



Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

 

 

 



BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.