Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

McDONALD'S MALAYSIA TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN



9nov2020




PUTRAJAYA, 17 Nov - Dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik orang Islam, syarikat pemilik McDonald's Malaysia, Restoran Alaf Gerbang Sendirian Berhad telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada 14 buah agensi memungut zakat negeri-negeri. Memetik sumber, pembayaran zakat pada tahun ini adalah jumlah terbesar dilakukan McDonald's Malaysia sejak 5 tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, McDonald's Malaysia menyerahkan zakat sebanyak RM110,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang telah diterima oleh Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Dato' Nor Azmi Musa yang turut disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.



Gambar ihsan.

 

 

 



BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.