Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP)



9nov2020




SEREMBAN, 22 Nov - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang disambut sendiri Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Dato’ Nor Azmi Musa pagi tadi bertempat di Menara MAINS. Pertemuan dua hala ini telah membincangkan dengan lebih terperinci terhadap fungsi bahagian kaunseling khususnya yang sedia ada di MAINS serta membina hubungan dan berkongsi idea antara kedua belah pihak demi kebaikan masyarakat Islam. Kunjungan JHEAIPP telah diketuai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Ayob Yaacob bersama Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Dr. Siti Suhaila Arsad dan Azmah Abdullah. Hadir sama Ketua Kaunselor MAINS, Norazman Amat.



Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

 

 

 



BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.