Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

5 SYARIKAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

8nov2020 1

SEREMBAN, 23 Nov - Lima buah syarikat korporat telah menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Klana Resort Seremban pagi tadi. Lima buah syarikat tersebut dan jumlah zakat masing-masing adalah Etiqa Family Takaful Berhad sebanyak RM262,000.00, Etiqa General Takaful Berhad sebanyak RM240,000.00, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sebanyak RM95,335.79, FAMA Corporation Sdn. Bhd. sebanyak RM83,914.33 dan Rural Capital Berhad sebanyak RM63,959.00. Kesemua zakat telah diterima oleh Pengerusi MAINS, Dato' Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir yang telah diserahkan oleh Pengarah Agensi Family Takaful, Wilayah Tengah dan Selatan, Ezwandy Mahidi, Ketua Agensi General Takaful, Mohamad Rashidin Razali, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif FAMACORP, Faidz Afizi Mohamed dan Ketua Pegawai Operasi Rural Capital, Razali Hassan. Turut hadir pemangku Setiausaha MAINS, Mohamad Idris Ramli dan Pengarah Jabatan Zakat, Dato' Nor Azmi Musa.

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.