Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KURSUS PEMANTAPAN ILMU WAKAF DAN MAL

8nov2020 1

PORT DICKSON, 25 Nov - Jabatan Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Ilmu Wakaf dan Mal bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson selama 2 hari dengan penglibatan 42 orang peserta terdiri daripada kakitangan MAINS sendiri. Kursus yang bermula semalam ini sarat dengan perkongsian-perkongsian ilmiah antaranya ceramah pengurusan wakaf, ceramah pengurusan mal, pentadbiran pusaka berwasiat, pentadbiran harta pusaka orang Islam, faraid dan isu-isu berkenaan proses pindah milik harta. Majlis diakhiri dengan pembentangan hala tuju dan pencapaian resolusi yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Wakaf MAINS, Alimazri Mauludin.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.