Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PEMERKASAAN INSTITUSI ZAKAT BERSAMA J/K QARYAH S2

8nov2020 1

SEREMBAN, 8 Dis - Pejabat Agihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Seremban 2 telah menganjurkan satu program berkenaan pemerkasaan institusi zakat bersama jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid di bawah qaryah Seremban 2. Program yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Hussain, Seremban 2 dihadiri seramai 28 orang ahli jawatankuasa dan pegawai daripada 14 buah masjid sekitar Seremban 2. Program bertujuan merapatkan hubungan dua hala antara pihak MAINS dan masjid dan menanam rasa kesedaran secara holistik terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai pemimpin dalam qaryah masing-masing. Program turut diserikan dengan sesi pengisian rohani bersama penceramah bebas, Ustaz Mohammad Rozie Mohd. Rejab selain sesi taklimat fungsi dan perkhidmatan zakat terkini di MAINS. Ucapan penutupan telah disempurnakan Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Dato' Nor Azmi Musa. Turut hadir Pegawai MAINS Cawangan Seremban 2, Nur Azizah Abdul Aziz dan Pegawai Dakwah Cawangan Seremban 2, Abdul Muiz Shafie.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.