Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

HANTAR BANTUAN BANJIR HARI PERTAMA BERTUGAS

8nov2020 1

TAMPIN, 2 Jan - Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Zainal Said, telah turun sendiri menziarahi dan menyampaikan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir daerah ini dalam operasi berakhir tengah malam tadi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK FELDA Sungai Kelamah, PPS SK Kampung Ladang, Bangkahulu dan PPS SK Kampung Londah. Beliau yang memulakan tugas sebagai Setiausaha MAINS yang baharu berkuatkuasa semalam turut dibantu 16 kakitangan MAINS dari ibu pejabat dan daerah antaranya Pegawai MAINS Daerah Tampin, Che Rozita Che Rahman, Pegawai Dakwah MAINS Daerah Tampin, Muttaqin Mohd. Fakiri, Pegawai Dakwah MAINS Cawangan Gemas, Mohd. Khairi Ayub dan Ketua Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Mohd. Zahid Mohammad. Kehadiran bantuan MAINS di PPS SK FELDA Sungai Kelamah sempat bertembung dengan pasukan ziarah dan bantuan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang turut turun bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Razali Ab Malik.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.