Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

MENJAWAB ISU TULAR: BILIK PAPAN LAPIS

8nov2020 1

NILAI, 2 Jan - Kisah seorang bapa bersama seorang anak lelaki berusia 7 tahun yang tinggal dalam bilik kecil berdindingkan papan lapis di Kampung Bukit Kadir yang dilaporkan sebuah portal akhbar kelmarin telah diteliti Pejabat Agihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Nilai semalam. Walau bagaimanapun, ketika pegawai tiba di lokasi, Mohamad Zahim Zamzuri, 29, tiada di rumah kerana sedang berada di Nilai 3. Semakan awal bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit Kadir, Norazam Adam, mendapati, bilik papan yang dibina Mohamad Zahim terletak betul-betul di hadapan rumah milik ibu beliau di dalam kawasan tanah yang sama. Menurut Norazam, rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk Mohamad Zahim juga sedang diproses selain beliau turut telah menerima bantuan bencana banjir berjumlah RM1,000 bagi dirinya dan RM1,000 bagi ibunya yang telah disampaikan ADUN Labu, Dato' Ismail Ahmad. Hasil ziarah, MAINS akan membantu Mohamad Zahim dengan bantuan sara diri sementara beliau menerima mana-mana tawaran pekerjaan tetap dan juga bantuan persekolahan untuk anaknya.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.