Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

3 ANAK ASNAF BERJAYA TAMAT KURSUS, KINI JURUKIMPAL DENGAN LESEN ANTARABANGSA

8nov2020 1

SHAH ALAM, 3 Jan - Setelah berjaya menamatkan kursus selama 16 minggu di The Welding Institute (TWI), 3 orang anak-anak asnaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini telah mendapat tawaran kerja sebagai jurukimpal, malah, salah seorang daripada mereka mendapat tawaran bekerja di Singapura, namun terpaksa menolak kerana ingin menjaga keluarga. Muhammad Haziq Huzaimi Norazri, 19, Mohammad Aizat Shahriman Mohd. Hafiz, 25, dan Mohammad Azraai Zaqwan Mohd. Hafiz, 21, telah dihantar ke institut kemahiran antarabangsa yang berpusat di United Kingdom ini pada 13 September tahun lalu melalui dana zakat berjumlah RM39,200 seorang. Selain tajaan pengajian tersebut, pelajar-pelajar ini turut menerima bantuan penginapan dan pengangkutan khusus untuk penuntut institut. Dengan bimbingan tenaga pengajar yang memiliki pengalaman dalam bidang tersebut dari serata dunia, 3 orang anak-anak asnaf ini akan memulakan kerjaya baharu bulan ini dengan gaji permulaan sebanyak RM1,800 di Futuristic Store Fixtures Sdn. Bhd. dan seorang dengan gaji sebanyak RM2,000 di Oglaend System. Mereka telah diziarahi Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan MAINS, Mahadi Ali baru-baru ini bagi menyusun pelan kerjaya mereka ke peringkat seterusnya sehingga mampu membawa keluarga masing-masing keluar dari kepompong kemiskinan dan berjaya menjadi pembayar zakat suatu hari nanti. Hadir sama Penolong-penolong Pengarah, Unit Pendidikan MAINS, Syahirah Mohd. Yusof dan Shahirah Ab Rahman.

Gambar Ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.