Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PELEPASAN KONVOI PASCA BANJIR UNDANG LUAK JOHOL

8nov2020 1

JOHOL, 5 Jan - Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Muhammad Abdullah berkenan mencemar kaus melepaskan konvoi misi bantuan pasca banjir Yayasan Undang Johol bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) selepas berkenan menerima menghadap Setiausaha MAINS, Zainal Said di Balai Undang Luak Johol petang tadi. Mangsa-mangsa banjir di Rumah Rakyat Kuala Johol, Kampung Changgang dan Kampung Air Rengas telah menerima bantuan wang tunai segera dan set toto daripada MAINS disampaikan oleh Pegawai Agihan MAINS Daerah Kuala Pilah, Mohamad Irfan Aqil Kamaruddin manakala Yayasan Undang Johol turut memberikan sumbangan tilam, selimut, periuk nasi dan dapur. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Undang Johol, Md. Ghazali Md. Yassin dan Penyelaras DUN Johol, Mohd. Zailan Mohd. Munawar.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.