Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

'BUSKER' TERLANTAR AKIBAT PENYAKIT SARAF

8nov2020 1

SEREMBAN, 10 Jan - Hasil maklumat melalui aplikasi WhatsApp Skuad Gerak Khas (SGK), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah bertindak pantas menziarahi seorang pemuzik jalanan berusia 51 tahun yang telah 2 minggu terlantar akibat penyakit saraf. Beliau yang tinggal seorang diri di Taman Bukti Satu, Ampangan hanya mengharap bantuan rakan-rakan terdekat dan jiran tetangga bagi membantu menguruskan kehidupan seharian. Akibat penyakit tersebut juga, beliau hanya mampu memakan biskut sebagai makanan utama. Ziarah MAINS petang tadi telah menyampaikan bantuan wang tunai segera berjumlah RM300. Beliau turut akan dibantu dengan bantuan perubatan dan bantuan kewangan secara bulanan melalui amanah zakat. Hadir ziarah Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar, Pegawai Dakwah MAINS Daerah Seremban, Anwar Muttaqin dan Pegawai SGK MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil.

Gambar Ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.