Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAYI PRAMATANG PERLU KOS PERUBATAN RM18,700

8nov2020 1

GEMAS, 12 Jan - Sepasang suami isteri memerlukan kos perubatan suntikan Palivizumab untuk bayi pramatang mereka yang lahir pada usia 5 bulan dan kini mempunyai kesan pada paru-paru. Setiap satu suntikan berharga RM3,740 dan bayi tersebut memerlukan 5 suntikan dengan kos keseluruhan sebanyak RM18,700. Pejabat Agihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Gemas telah membantu sepenuhnya kos yang diperlukan pasangan ini yang bekerja sebagai anggota tentera manakala isteri adalah suri rumah sepenuh masa. Surat jaminan (GL) telah disampaikan Pegawai Dakwah MAINS Cawangan Gemas, Mohd. Khairi Ayub dan Pegawai Agihan MAINS Cawangan Gemas, Mohammad Helmi Musa.

Gambar Ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.